Qoala Care Logo

Nikmati Ketenangan Fikiran dengan Perlindungan Insurans Kemalangan Diri Kami

Di Qoala, kami sedar kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga. Oleh sebab itu kami memperkenalkan Qoala Care - memberikan perlindungan tambahan kepada anda dan orang yang anda sayangi apabila anda renew insurans kereta online di Qoala.

Qoala Care bukan sekadar perlindungan insurans tambahan; ia lebih daripada itu. Qoala Care merupakan jaringan keselamatan yang membantu anda mendepani ketidakpastian kehidupan. Apabila anda memilih Qoala Care, anda memilih lapisan perlindungan tambahan yang memberikan anda ketenangan fikiran sepanjang masa.

Kenapa Pilih Qoala Care

Di Qoala, kami komited dalam memberikan perlindungan yang terbaik kepada anda. Inilah sebabnya Qoala Care adalah pilihan yang ideal untuk mengoptimumkan perlindungan insurans kereta anda:

Perlindungan Komprehensif

Qoala Care menyediakan perlindungan kewangan untuk anda dan keluarga sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

Ketenangan Fikiran

Kecelakaan boleh berlaku pada bila-bila masa. Qoala Care bertindak sebagai jaringan keselamatan yang menyokong anda saat diperlukan, membantu anda menjalani kehidupan harian dengan lebih selamat.

Perbelanjaan Rawatan Perubatan dan Pengebumian

Qoala Care menampung kos pengebumian dan perbelanjaan rawatan perubatan bagi membantu melegakan beban kewangan semasa waktu yang sukar.

Elaun Hospital


Sekiranya anda masuk wad, anda akan menerima elaun harian bagi menyokong proses pemulihan anda.

Kos Minimum

Qoala Care ditawarkan dengan insurans kereta anda pada harga yang berpatutan. Kami percaya dalam menyediakan perlindungan yang berharga tanpa menjejaskan kewangan anda.


Qoala Care Basic

RM49

Dengan pembelian Qoala Care Basic, anda dapat menikmati manfaat perlindungan seperti:

  • Pampasan Kematian Akibat Kemalangan sehingga RM30,000
  • Pampasan Hilang Upaya Kekal sehingga RM30,000
  • Elaun Hospital (masuk wad) sehingga RM50 sehari
Qoala Care Gold

RM89

Dengan pembelian Qoala Care Gold, anda dapat menikmati manfaat perlindungan seperti:

  • Pampasan Kematian Akibat Kemalangan sehingga RM60,000
  • Pampasan Hilang Upaya Kekal sehingga RM60,000
  • Kos Pengebumian sehingga RM1,000
  • Perbelanjaan Rawatan Perubatan sehingga RM1,000
  • Elaun Hospital (masuk wad) sehingga RM50 sehari
Qoala Care Platinum

RM119

Dengan pembelian Qoala Care Platinum, anda dapat menikmati manfaat perlindungan seperti:

  • Pampasan Kematian Akibat Kemalangan sehingga RM100,000
  • Pampasan Hilang Upaya Kekal sehingga RM100,000
  • Kos Pengebumian sehingga RM1,000
  • Perbelanjaan Rawatan Perubatan sehingga RM1,000
  • Elaun Hospital (masuk wad) sehingga RM50 sehari

Ketidaktentuan hidup tidak sepatutnya membuatkan anda gelisah. Dengan Qoala Care, anda boleh menjalani kehidupan harian dengan tenang kerana anda tahu anda memiliki jaringan keselamatan yang kukuh. Di Qoala, kesejahteraan dan keselamatan anda adalah keutamaan utama kami.

Berikut cara yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan pakej Qoala Care yang sesuai:

1. Pilih Pakej Anda

Kami menawarkan fleksibiliti kepada anda untuk memilih salah satu daripada tiga pakej Qoala Care yang komprehensif. Asas (Basic), Emas (Gold) dan Platinum. Setiap pakej Qoala Care menawarkan tahap liputan yang berbeza untuk memenuhi keperluan dan bajet anda.

2. Isi Borang

Setelah anda memilih pakej yang sesuai dengan keperluan anda, isi maklumat anda secara dalam talian melalui borang mesra pengguna yang disediakan. Proses ini biasanya tidak mengambil masa yang lama.

3. Sokongan Pelanggan

Proses membabitkan insurans boleh menjadi rumit dan memeningkan. Selepas anda menghantar borang anda, pasukan khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk menjawab sebarang kemusykilan yang anda ada, memastikan anda memahami pakej yang anda pilih dan manfaat yang ditawarkannya.

4. Pengesahan dan Ketenangan Fikiran

Setelah anda berpuas hati dengan pakej dan menerima semua maklumat yang diperlukan, kami akan mengesahkan polisi anda bagi menjamin kesejahteraan dan ketenangan fikiran anda.

5. Proses Tuntutan

Sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang insiden yang dilindungi oleh insurans, proses tuntutan boleh dilakukan dengan mudah. Hubungi pasukan tuntutan kami, sediakan dokumen tuntutan yang diperlukan dan kami akan menguruskan proses selebihnya bagi pihak anda.

Qoala Care Istimewa untuk pelanggan
Qoala Care Tuntutan Grab

Tuntutan e-Hailing

Anda boleh membuat tuntutan sekali dalam tempoh 48 jam selepas kemalangan berjumlah sehingga RM20 untuk tambang perjalanan anda termasuk tol dan tip.

Qoala Care Khidmat Sokongan Tuntutan

Khidmat Sokongan Tuntutan

Pegawai Sokongan Tuntutan Qoala bersedia membantu menyediakan sokongan tuntutan dan menjawab segala persoalan dan kemusykilan anda dari Isnin hingga Jumaat, 8:30 (tidak termasuk cuti umum).

Qoala Care Servis Tunda Percuma

Servis Trak Tunda Percuma

Jangan risau jika kereta rosak tepi jalan. Kami bersedia melindungi anda dengan perlindungan perkhidmatan trak tunda tambahan percuma.

  • Perkhidmatan trak tunda tambahan sehingga 50 KM (dalam Malaysia) boleh dituntut daripada Qoala
  • Tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 48 jam selepas kemalangan
  • Tuntutan akan terbatal jika trak tunda pihak ketiga digunakan
  • Amaun maksimum yang boleh dituntut ialah RM50 (sekali sahaja)


Qoala Care Diskaun Vendor

Diskaun Eksklusif Vendor

Anda bukan sahaja melindungi kereta anda, tetapi anda berpeluang menikmati akses kepada diskaun eksklusif daripada vendor-vendor kami yang mengambil bahagian. Lebih penjimatan ke atas perkhidmatan dan produk yang tersedia!

© 2024 Qoala Malaysia Hak Cipta Terpelihara
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd [201901006370 (1315697-H)]